IPOH – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memberi bayangan Pilihan Raya Umum (PRU) 15 bakal diadakan tahun ini.
Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata demikian pada sesi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14, di sini hari ini.
Bagaimana pun Zambry tidak memaklumkan bila PRU berkenaan akan diadakan secara lebih terperinci cuma memberitahu kebarangkalian suasana politik negara tahun ini akan menyaksikan PRU.
“Saya tidak tahu bila akan diadakan, namun dengan izin sama-sama kita mengingatkan berkenaan perkara ini,” katanya.
Pada sesi perbahasan tersebut Zambry turut menyentuh mengenai kestabilan politik di dalam negara serta Perak yang berteraskan prinsip demokrasi raja berpelembagaan. – KOSMO! ONLINE.