fbpx

3 individu disambung reman kes jumpa mayat dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempoh reman dua lelaki dan seorang wanita disambung enam hari lagi sehingga 4 April depan.

SEREMBAN – Tempoh reman tiga individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita tanpa identiti dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini, 20 Mac lalu disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, perintah reman ke atas dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun bersama seorang wanita berusia 18 tahun itu sepatutnya tamat hari ini tetapi dilanjutkan sehingga 4 April depan.

“Permohonan sambung reman ketiga-tiga individu itu diluluskan selama enam hari bermula esok sehingga 4 April 2022.

“Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan iaitu bunuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nanda berkata, operasi pencarian petunjuk baharu berkaitan kes mayat tersebut diperluaskan pada jarak 200 meter radius di kawasan Taman Bukit Zamrud di sini.

“Pencarian yang berakhir pada pukul 9 malam semalam disambung semula 9.30 pagi tadi dengan bantuan Bahagian Siadatan Jenayah, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontnjen Negeri Sembilan (IPKNS) dan Bukit Aman.

“Tiga ekor anjing daripada Unit Pengesan Anjing (K9) dari IPKNS dan KLIA turut digunakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI