fbpx

Tidak rugi dakwah dalam pelbagai bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dai Adam

PUTRAJAYA – Golongan dai perlu mampu menguasai banyak bahasa untuk menyantuni masyarakat bukan Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dengan beraneka bahasa tersendiri.

Saranan tersebut disuarakan oleh Dai Adam atau nama penuh, Muhammad Adam Muhibullah Abdullah ketika ditemui Kosmo! di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini hari ini.

“Sebenarnya memang tidak rugi pun tahu pelbagai bahasa, malahan ini dianggap kelebihan dan bukan kita mahu menafikan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau secara jujur berkata, kebanyakan komuniti bukan Islam di Malaysia tertarik untuk mendekati agama ini, namun agak malu kerana tidak fasih dalam bahasa Melayu.

“Mereka bukan tidak suka Islam tetapi kaedah dakwah seperti ada jurang bahasa kerana dai hanya tahu cakap Melayu menyebabkan mesej tidak sampai atau kurang difahami,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI