fbpx

Tempahan hotel meningkat Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pengunjung menikmati pemandangan di laluan gantung berlantai kaca yang dikenali sebagai Rainbow Skywalk di The TOP, Kompleks Tun Abdul Razak, George Town semalam.

PETALING JAYA – Jumlah tempahan hotel melibatkan pelancong antarabangsa untuk bercuti di negara ini dijangka menunjukkan peningkatan memberangsangkan bermula Julai depan selepas semua prosedur operasi standard (SOP) daripada negara terlibat diperincikan.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Tony Goh berkata, kadar tempahan hotel itu dijangka meningkat lebih 15 peratus pada Julai depan iaitu tiga bulan selepas sempadan negara dibuka pada 1 April ini.

“Selepas sempadan negara dibuka pada 1 April ini, kami jangka tempahan hotel hanya meningkat sekitar lima peratus sahaja, namun jumlahnya akan terus menaik selepas semua SOP pelancongan diperincikan oleh setiap negara.

“Buat masa ini, ada negara belum memperincikan SOP mereka sekaligus menyebabkan pelancong antarabangsa tidak akan terburu-buru masuk ke Malaysia selepas sempadan negara dibuka kelak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Katanya, peningkatan tempahan hotel khususnya di Pulau Pinang dijangka didominasi terlebih dahulu oleh pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

“Tempahan hotel akan naik secara beransur-ansur melibatkan pelancong tradisional seperti Singapura dan Indonesia kerana mereka lebih dekat serta mudah untuk memasuki negara ini.

“Selepas itu, baru pelancong antarabangsa lain akan masuk seperti dari Timur Tengah di mana mereka gemar ke negara ini bermula Julai berikutan cuaca di sana mula memasuki musim panas,” jelasnya.

“Berbeza dengan pelancong Thailand dan Singapura, mereka lebih cenderung untuk melancong, tetapi warga Indonesia ramai fokus rawatan perubatan terutamanya di hospital swasta sekitar Pulau Pinang,” jelasnya.

Sementara itu, seorang pengusaha agensi pelancongan, Mohd. Ali Ab. Malek turut menjangkakan peningkatan jumlah pelancong terutamanya dari Indonesia dan Singapura berikutan merupakan jiran terdekat dengan sempadan negara.

“Sebelum ini, antara pelancong paling ramai berkunjung ke Malaysia ialah dari China, Jepun dan Korea.

“Namun, SOP negara itu belum membenarkan perjalanan ke negara antarabangsa lain,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI