fbpx

Tampar Chris Rock, Will Smith malu, emosi terganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILL SMITH

“SAYA nak minta maaf secara terbuka kepada anda, Chris. Kelakukan saya melampau dan saya salah.”

Demikian kata-kata daripada pelakon, Will Smith yang membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Chris menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Semalam, Will bertindak melulu apabila naik ke pentas dan menampar pelawak, Chris Rock selepas kondisi isteri, Jada Pinkett yang mengalami masalah keguguran rambut kronik hinggga kepalanya botak dijadikan bahan jenaka.

Ujar Will, 54, kelakuannya semalam adalah sangat tidak wajar namun berjenaka tentang keadaan kesihatan isterinya juga terlalu berat untuk ditanggungnya dari segi emosi.

TANGKAP layar permohonan maaf Will Smith secara terbuka susulan insiden menampar pengacara Oscars, Chris Rock semalam.

“Keganasan dalam segala bentuk adalah beracun dan merosakkan. Apa yang saya buat malam tadi di Academy Awards tak boleh diterima dan tidak boleh ditolerasi.

“Gurauan memang sebahagian daripada pekerjaan, tapi bergurau tentang keadaan kesihatan Jada (isteri) terlalu berat untuk saya tanggung dan reaksi saya sangat beremosi,” katanya yang menang trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard pad acara berprestij itu.

Tambah Will, dia berasa sangat malu dengan kelakuannya kerana apa yang dipaparkan bukanlah dirinya yang sebenar.

“Saya berasa malu dan kelakuan saya tidak melambangkan siapa saya sebagai seorang lelaki. Tiada tempat untuk keganasan dalam dunia yang dipenuhi dengan rasa cinta dan kebaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Will juga memohon maaf kepada pihak Academy dan semua tetamu yang hadir pada acara gilang-gemilang tersebut.

“Saya juga nak minta maaf kepada pihak Academy, penerbit rancangan, para tetamu dan semua yang menonton di seluruh dunia.

“Saya nak minta maaf kepada keluarga Williams dan keluarga produksi King Richard.

“Saya sangat-sangat menyesal dengan kelakuan yang telah menconteng arang satu perjalanan sepatutnya menjadi indah buat kita semua,” ujarnya lagi.

Difahamkan, pihak Academy akan mengambil tindakan sewajarnya ekoran apa yang berlaku dan Will Smith berkemungkinan kehilangan trofi Pelakon Lelaki Terbaik atas kelakuannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI