fbpx

Shefali Jeriwala kena sawan babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEFALI JERIWALA

PELAKON cantik, Shefali Jeriwala terpaksa mengambil keputusan untuk berundur seketika daripada industri hiburan Bollywood disebabkan masalah kesihatan.

Dalam satu temu bual bersama media India, selebriti berusia 39 tahun itu mengaku terpaksa membuat keputusan berat tersebut selepas disahkan menghidap epilepsi atau sawan babi.

Pelakon yang memulakan kerjaya seni menerusi kemunculan sebagai model video muzik Kaanta Laga pada 2002 itu berkata, penyakit sawan babi tersebut mengganggu fokusnya ketika bekerja sehingga menyusahkan orang lain.

“Saya boleh diserang sawan babi pada bila-bila masa sahaja.

“Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti seketika daripada dunia seni,” katanya.

Shefali mula mengalami masalah tersebut sejak dari bangku sekolah iaitu sekitar usianya 15 tahun lagi.

“Ketika saya diserang sawan babi, seluruh anggota badan saya akan menjadi kejang.

“Tapi sejak akhir-akhir ini saya sudah jarang diserang sawan. Nampaknya seperti saya sudah boleh kembali bekerja tidak lama lagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI