fbpx

Roman Abramovich alami simptom agen kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Abramovich kini dilaporkan bertambah baik dan menyambung semula rundingan damai. – DS

MOSCOW – Bilionair Rusia, Roman Abramovich dilaporkan menghidap gejala seperti diracuni selepas menghadiri rundingan damai mengenai sempadan Ukraine-Belarus awal bulan ini, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Pemilik kelab bola sepak Chelsea FC itu bagaimanapun kini  pulih selepas dilaporkan mengalami sakit mata dan kulit mengelupas.

Selain beliau, dua lagi perunding dari Ukraine turut dikatakan mengalami gejala sama secara konsisten dipercayai racun senjata kimia. Ia termasuk radang mata dan kulit serta rasa  menusuk pada bahagian mata.

Pakar-pakar kimia yang memeriksa kes itu membuat kesimpulan bahawa simptom tersebut berpunca daripada penggunaan agen kimia.

Satu laporan mendakwa keracunan itu didalangi penyokong tegar Rusia sebagai cubaan mensabotaj rundingan tersebut namun,  pihak yang bertanggungjawab melakukan tindakan itu tidak dapat dipastikan sekiranya dakwaan tersebut benar.

Tidak lama selepas dakwaan itu timbul, seorang pegawai Amerika Syarikat dipetik agensi berita Reuters sebagai berkata, hasil risikan mendapati gejala yang dialami itu berpunca daripada faktor alam sekitar, dan bukannya keracunan.

Pegawai di pejabat Presiden Ukraine, Ihor Zhovkva kemudian memberitahu BBC bahawa ahli delegasi dari negara itu berada dalam keadaan baik, manakala salah seorang daripada mereka berkata dakwaan tersebut adalah palsu.

Keadaan Abramovich dan perunding Ukraine termasuk ahli parlimen, Rustem Umerov kini dilaporkan bertambah baik sejak kejadian itu pada 3 Mac lalu. Abramovich dikatakan menyambung semula rundingan damai untuk menamatkan perang di Ukraine. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI