fbpx

Representasi realiti Ramadan Astro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARYAWAN selebriti dan duta-duta yang terlibat menerusi kempen Ramadan Astro 2022 yang bertemakan Semangat Lebaran Kita. – SIDDIQIIN ZON

MENGANGKAT tema Semangat Lebaran Kita (SLK), stesen penyiaran berbayar terkenal tanah air, Astro bersedia mengalu-alukan kedatangan Ramadan 2022 dengan pengisian terbaik menerusi pelbagai naskhah dan program menarik.

Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata, sebagai pelopor dan penyokong kandungan drama tempatan berkualiti tinggi, Astro sentiasa mengutamakan penulisan jalan cerita yang padu demi penonton.

“Demi menyemarakkan SLK, untuk bulan Ramadan ini, Astro bakal memeriahkan platform-platform televisyen, radio, aplikasi serta digital kami dengan menampilkan pelbagai bentuk rancangan baharu yang berkualiti.

“Kandungan iti merangkumi pelbagai genre seperti drama, komedi, kerohanian, pembelajaran, rancangan antarabangsa dan On Demand.

“Sebagai peneraju dan penyokong kandungan drama tempatan berkualiti tinggi, Astro sekali lagi mempertaruhkan drama-drama baharu yang diangkat daripada naskah hebat serta dibarisi ramai nama besar dalam industri,” kata Azlin.

Tambah Azlin, Astro juga menjalinkan kerjasama bersama syarikat-syarikat penerbit termasyhur dengan penampilan pelakon-pelakon terhangat.

Mengulas lanjut, Astro juga menitikberatkan jalan cerita naskhah yang memberi pelbagai corak representasi dalam setiap lapisan masyarakat.

PELAKON Remy Ishak dan Rita Nadira menjadi antara taruhan Astro menerusi slot drama sepanjang Ramadan tahun ini.

Duta kempen

“Bukan sekadar dari segi lakonan, kami juga menitikberatkan jalan cerita drama yang memberi dimensi yang lebih mendalam.

“Antara penceritaan yang diketengahkan, termasuklah kisah anak syurga, pengkhianatan dan dendam, serta penderaan rumah tangga,” katanya.

Antara drama menarik yang dijanjikan ialah Jangan Menangis Cinta dan Dendam Seorang Isteri.

Dalam pada itu, pihak Astro turut melantik duta-duta SLK yang akan berinteraksi dengan penonton dalam laman sosial mereka tentang rancangan-rancangan kegemaran mereka.

Duta-duta tersebut termasuk Danial Zaini, Erissa Puteri, Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Wafy lIhan, Wani Kayrie dan Yaya Zahir serta Upin dan Ipin.

Pada masa sama, Azlin berkata, Astro First turut mempersembahkan enam genre drama seperti romantik komedi, seram, misteri fantasi dan aksi, khas buat hiburan pelanggan.

Malah, jenama-jenama radio seperti Zayan, Era, Sinar dan Gegar turut menyajikan pengisian tersendiri seperti Tarawih Talk, Berbuka Johara, Sinar Belanja Sahur, Projek Sejadah dan sebagainya.

“Pelanggan Astro berpeluang untuk memenangi baucar percutian termasuk tiket penerbangan dan penginapan, tudung eksklusif daripada Duck, diskaun perabot Fella Design, diskaun baju raya keluaran Hatta Dolmat dan banyak lagi menerusi Astro Reward dari 11 April hingga 11 Mei.

“Bahkan, Go Shop turut menawarkan diskaun berganda sehingga RM50 apabila pelanggan menggunakan kod promo GS25 dan baucar kejutan pada pukul 11 pagi dan promosi kejutan pukul 9 malam pada setiap hari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI