BENTONG- Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam loji air Felda Mempaga di Karak dekat sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.53 petang itu mangsa yang berusia 14 tahun dipercayai terjatuh ketika memancing di loji berkenaan.
“Pasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian membuat operasi pencarian di kawasan sekitar loji dan mangsa masih belum ditemukan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE