fbpx

Ramai berkongsi kisah sedih ‘gagal’ dapat BKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
– GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Walaupun ramai yang menarik nafas lega susulan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang mula diagihkan semalam, namun ada juga segelintir mereka yang kurang bernasib baik pada kali ini.

Tinjauan Kosmo! di laman Facebook mendapati beberapa pengguna berkongsi status mereka tidak layak menerima bantuan BKM pada kali ini.

Menurut mereka, pihak berkenaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat semula semakan ke atas pemohon yang tidak layak.

Ini kerana ramai yang mendakwa sebelum ini mereka layak menerima bantuan terdahulu seperti seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Seperti perkongsian seorang pengguna dikenali sebagai Firdaus Shakirin, dia memaklumkan tidak layak menerima BKM.

“Pendapatan bulanan tak lebih 5K (RM5,000), bekerja seorang, isteri suri rumah sepenuh masa tanpa apa-apa income (pendapatan).

“Kalau LHDN buat tidak lulus sebab pendapatan lebih 5k (RM5,000), maka LHDN kira semua TOTAL (keseluruhan) pendapatan sekali bonus hujung tahun, kemudian dia bahagi 12 bulan. Tetiba jadi tak layak, malas nak merayu, rezeki lain ada lagi,”tulisnya.

Turut berkongsi kisah sama adalah seorang lagi pengguna Facebook dikenali sebagai Norhayati Yusoff.

“Saya pun sama dapat tak seperti kategori yang sepatutnya, suami kerja sorang, anak dua orang, gaji suami pun tak sampai 2k (RM2,00), pelik tahun ini,”ujarnya.

BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan kerajaan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank mereka bermula 28 Mac hingga 8 April depan.

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pula akan menerima bantuan tersebut pada 30 Mac ini menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI