fbpx

Pengantin perempuan leka main telefon ketika akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi pengantin perempuan tersebut dikecam oleh netizen. – Instagram

JAKARTA – Aksi seorang pengantin perempuan yang leka bermain telefon bimbit sebelum upacara akad nikah dikecam netizen kerana kelakuannya dianggap tidak sopan, lapor laman Berita Hits.

Berdasarkan sebuah klip video yang tular, pengantin tersebut dilihat leka bermain telefon bimbit ketika duduk di sebelah pengantin lelaki dan jurunikah.

Acara akad nikah itu disiarkan secara langsung menerusi fungsi live di TikTok.

Pengantin perempuan yang berpakaian mengikut adat Sunda tersebut dilihat membuat panggilan video dan suaranya didengari agak kuat.

Dalam masa sama, pengantin lelaki dilihat menandatangani dokumen nikah serta bersiap sedia untuk akad nikah.

Tidak lama selepas itu, seseorang dilihat cuba mengambil telefon bimbit wanita berkenaan namun dia tetap memegang peranti itu sebelum badannya dicuit oleh pengantin lelaki.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Bernikah bukan perkara yang boleh dibuat main,” kata seorang netizen.

“Ceraikan sahaja terus, cari sahaja yang lain,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI