fbpx

Pegawai JPJ, isteri direman bantu siasatan kes terima sogokan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua suspek telah ditahan dalam Ops Kargo dilakukan Pusat Operasi Perisikan (POP) Zon Tengah, Bahagian Perisikan Ibu Pejabat SPRM pada 28 Mac lalu.

SEREMBAN – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima sogokan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perintah reman terhadap pegawai JPJ berusia 38 dan seorang lelaki berusia 28 tahun dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Syed Farid Syed Ali di Mahkamah Khas Reman Seremban di sini hari ini.

Syed Farid membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk mengeluarkan perintah reman ke atas ketiga-tiga suspek bermula hari ini hingga 4 April depan.

Permohonan reman oleh SPRM dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Khairi Abdul Karim.

Isteri kepada pegawai JPJ terbabit berusia 38 tahun turut direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, kesemua suspek telah ditahan dalam Ops Kargo dilakukan Pusat Operasi Perisikan (POP) Zon Tengah, Bahagian Perisikan Ibu Pejabat SPRM pada 28 Mac lalu.

Difahamkan, pegawai JPJ berkenaan disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM300 hingga RM2,500 sebulan daripada pemilik syarikat dan individu melalui orang tengah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Isteri pegawai JPJ terbabit serta seorang lelaki itu pula disyaki turut terlibat. Perbuatan itu dilakukan pada tahun 2016 hingga tahun 2021 dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI