fbpx

Pastri, pencuci mulut ala Perancis di Farine & Sucre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farah Syuhada (kanan) dan Farra Sofea menunjukkan sebahagian daripada menu enak yang ditawarkan di kafe Farine & Sucre di Seksyen 7, Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Farine & Sucre Cafe mencipta keunikan tersendiri dengan menawarkan aneka hidangan pastri dan pencuci mulut ala Perancis.

Kafe berkonsepkan gaya kota Paris itu diusahakan dua beradik yang juga pemilik bersama iaitu Farah Syuhada Shamshul, 28, dan Farra Sofea, 21.

Farine & Sucre yang bermaksud tepung dan gula itu memperkenalkan pelbagai pencuci mulut yang sebahagiannya diimport khas dari Perancis.

Farah Syuhada berkata, pe­langgan memilih menu enak se­perti macarons, baguettes dan chocolate roll kerana ia disediakan melalui proses pembuatan yang rumit bagi memastikan kuali­tinya.

“Selain itu, pavlova dan peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe kami, selain pastri seperti french baguette serta tiga jenis pai.

“Minuman istimewa yang menjadi pilihan pelanggan pula iaitu Biscof Latte, Ferrero Rocher Latte dan empat jenis minuman penyegar,” katanya ketika ditemui di kafe itu di Seksyen 7 di sini, baru-baru ini.

Biarpun baru beroperasi pada 5 Mac lalu, pasangan beradik itu menetapkan hala tuju jelas dalam memperkasa jenama kafe berkenaan.

“Farine & Sucre menawarkan pelanggan satu lokasi yang dapat mencipta momen istimewa menerusi seleksi makanan bertemakan inspirasi Paris.

“Kami mahu berkongsi keterujaan itu menerusi makanan yang berkualiti dan perkhidmatan terbaik,” kata Farah Syuhada.

Dalam pada itu, Farine & Sucre turut menawarkan dua set istimewa juadah berbuka puasa dengan harga bermula RM50 sempena Ramadan ini.

Menu bagi set Asian yang disediakan antaranya nasi beriani daging hitam dan ayam merah, nasi minyak ayam masak merah, dalca sayur serta acar timun nanas.

Bagi set Western, antara menu yang disajikan adalah Grilled Chicken Spaghetti, Beef Lasagna, Prawn Spaghetti with Chicken dan Grilled Chicken Macaroni. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI