fbpx

MR.DOLLAR tiada perancangan untuk naikkan harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alex (tengah) bersama kakitangan di cawangan MR.DOLLAR di The Mines baru-baru ini.

SERI KEMBANGAN – Langkah menaikkan harga dalam ke­adaan sekarang ketika pengguna berdepan tekanan untuk berbelanja adalah bertentangan ­dengan kepentingan pengguna.

Ketua Pemasaran MR. D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, polisi harga tetap RM2 dan RM5 di MR. DOLLAR akan dikekalkan di lebih 50 cawangannya di seluruh negara buat masa ini.

“Sebagai jenama kelahiran Malaysia dan peruncit perkakas rumah terbesar di negara ini, kami ingin memainkan peranan untuk menunda kenaikan harga selama yang mungkin untuk membantu rakyat.

“Menerusi hubungan langsung bersama para pengilang dan pembekal serta ekonomi skala dengan 900 cawangan Kumpulan di seluruh negara selain penggunaan data dan analisis yang ketat, kami dapat menangani kebanyakan impak kenaikan kos tanpa perlu memindahkannya kepada pelanggan.

“Adalah penting untuk rakyat Malaysia mempunyai kedai harga tetap yang boleh diharapkan bagi memberi mereka ketenangan minda bahawa ahli keluarga dan orang tersayang boleh mendapatkan apa yang diperlukan tanpa perlu berbelanja lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sesi penera­ngan mengenai perubahan terkini dalam trend membeli-belah pengguna di cawangan MR. DOLLAR di The Mines, di sini baru-baru ini.

MR. DOLLAR yang diasaskan pada tahun 2020 menawarkan pelbagai rangkaian produk dalam 10 kategori antaranya makanan, bahan memasak, keperluan rumah dan perkakasan pada harga RM2 atau RM5.

Selain harga yang menarik, ia turut menawarkan pelanggan persekitaran membeli-belah yang selesa dengan penyediaan lorong yang luas dan penghawa dingin untuk memilih lebih daripada 14,000 jenis barangan yang dipamerkan.

Alex menambah, pihaknya menyasarkan pembukaan 10 hingga 15 cawangan MR. DOLLAR setahun, dengan purata sebuah cawangan baharu setiap bulan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI