fbpx

Malaysia gesa henti permusuhan konflik Rusia, Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa agar pihak yang terlibat di antara konflik Rusia dan Ukraine supaya tidak meneruskan permusuhan yang berlaku.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malaysia akan terus menyokong segala usaha demi kepentingan mengekalkan keamanan dan keselamatan di rantau ini.

“Kita juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menjalankan tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam forum bertemakan ‘Tanggungjawab Wilayah Bersama’ di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Mengulas berkenaan isu Laut China Selatan, Hishammuddin berkata, isu tersebut mesti ditangani melalui undang-undang dan konvensyen antarabangsa yang akan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan negara-negara Asean di rantau ini.

“Oleh itu, tema forum hari ini adalah tepat. Laut China Selatan adalah wilayah tanggungjawab bersama.

“Semua pihak harus bekerjasama untuk meningkatkan usaha membina, mengekalkan dan meningkatkan keyakinan bersama supaya kita dapat mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan,” ujarnya.

Forum Putrajaya 2022 diadakan sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2022, yang berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI