fbpx

Silva percaya Portugal layak ke Qatar 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SILVA menaruh keyakinan bahawa skuad kebangsaan Portugal memiliki kemampuan untuk menumbangkan Macedonia Utara pada final playoff di Stadium Dragao awal pagi esok. – AFP

PORTO – Pemain tengah Portugal, Bernardo Silva percaya pasukan itu berpeluang cerah untuk melayakkan diri ke pusingan ­akhir Piala Dunia Qatar 2022 menjelang aksi final playoff menentang Macedonia Utara di Stadium Dragao awal pagi esok.

Skuad kendalian Fernando Santos itu memiliki kelebihan cukup besar apabila beraksi di laman sendiri biarpun turun menentang Macedonia yang berjaya mengejutkan Itali minggu lepas.

Walaupun sedar ia bukan tugas mudah, namun Silva percaya pengalaman yang dimiliki pemain Portugal di peringkat kelab boleh membantu mereka pada perlawanan itu nanti.

“Tidak kira dengan pasukan mana kami akan bertemu, tekanan itu sentiasa ada. Kami berdepan tekanan sama seperti ini ketika bermain bersama kelab masing-masing, jadi semua pemain perlu ambil tanggungjawab.

“Memang pengalaman itu le­bih penting tetapi kami perlu berwaspada kerana Macedonia akan turun dengan motivasi cukup tinggi. Mereka sudah menang ke atas Itali dan pernah tewaskan Jerman sebelum ini,” katanya.

Justeru, dia berharap rakan sepasukan serta jurulatih boleh merencanakan strategi terbaik agar tidak terperangkap dengan taktikal Macedonia, sama seperti yang dialami Itali sehingga tersingkir daripada Piala Dunia 2022.

“Kami perlu buat kerja rumah dan tunggu percaturan daripada jurulatih. Apa yang pasti kami perlu gunakan pendekatan berbeza dalam perlawanan itu nanti kerana ia bukanlah tugas mudah,” ujar Silva. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI