fbpx

Lega kemarau gol antarabangsa berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIRIDON (dua dari kiri) meledak satu gol ketika menentang Singapura di Stadium Nasional Singapura pada Sabtu lalu,namun belum cukup membantu Malaysia yang tewas 2-1.

TONGGAK naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi meluahkan rasa gembira apabila berjaya menamatkan kemarau jaringan di pentas antarabangsa selepas meledak satu gol ketika menentang Singapura pada Sabtu lalu.

Biarpun tewas 1-2 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, namun satu gol daripada Liridon sedikit sebanyak meredakan tekanan dihadapi pemain tengah yang berasal dari Kosovo itu.

Liridon, 30, yang kini beraksi bersama Odisha FC di kancah Liga Super India sebelum ini menjadi sasaran peminat Harimau Malaya selepas menampilkan aksi kurang bertenaga ketika dimasukkan dalam babak kedua sewaktu Malaysia menewaskan Filipina 2-0 sebelum itu.

“Bersatu bersama adalah permulaan, kekal bersama adalah kejayaan, dan bekerja bersama adalah satu kegemilangan.

“Terima kasih kepada pasukan dan barisan kejurulatihan kerana membantu saya mencapai matlamat menjaringkan gol antarabangsa pertama untuk Malaysia.

“Ini bukanlah hasil yang diharapkan (tewas 1-2 kepada Singapura) tetapi kami akan terus memandang ke hadapan,” katanya selepas memuat naik hantaran di laman sosial Instagram miliknya.

Liridon tenang menolak ma­suk hantaran daripada pemain sayap lincah Johor Darul Takzim, Akhyar Rashid untuk menewaskan penjaga gol Singapura, Hassan Sunny pada minit ke-57.

Bagaimanapun, jaringan itu gagal membantu Harimau Malaya merekodkan kemenangan kedua selepas terdahulu mengalahkan Filipina 2-0.
Skuad kebangsaan tewas kepada Singapura hasil dua jaringan Ikhsan Fandi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI