fbpx

Letupan asteroid 1,000 kali lebih kuat berbanding bom nuklear jika langgar Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asteroid bersaiz besar adalah 1,000 kali ganda lebih kuat berbanding bom nuklear. – GETTY

WASHINGTON – Seorang saintis memberi amaran bahawa sebuah asteroid bersaiz besar boleh melepaskan tenaga seribu kali ganda lebih kuat berbanding bom nuklear sekiranya menghentam Bumi, lapor akhbar The Sun semalam.

Beberapa program yang dikendalikan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) kini memantau beribu-ribu objek dekat Bumi (NEO) yang boleh memberikan ancaman termasuk asteroid.

Saintis-saintis  mengesan NEO berukuran kira-kira 140 meter (m) yang bilangannya adalah sekitar puluhan ribu dan boleh menyebabkan kemusnahan besar sekiranya melanggar Bumi.

“Separuh lagi NEO masih tidak dapat dikenal pasti dan boleh mencetuskan letupan yang lebih kuat berbanding ujian bom  nuklear yang pernah dilakukan,” kata penyelidik pertahanan planet di Makmal Kebangsaan Lawrence Livermore, Megan Bruck Syal.

Sebarang objek yang berada dalam jarak 7.4 juta kilometer dari Bumi dianggap ‘berpotensi berbahaya’ oleh organisasi-organisasi pemantauan angkasa lepas.

Bagaimanapun, tiada  asteroid yang dikesan berpotensi memusnahkan Bumi sejak batu angkasa lepas itu menyebabkan kepupusan dinosaur sekitar 66 juta tahun lalu.

“Tiada asteroid atau komet terkini yang diramal berlanggar dengan Bumi, justeru kebarangkalian bagi pelanggaran adalah kecil. 

“Malah, tiada objek dikesan boleh menghentam Bumi dalam masa beberapa ratus tahun akan datang,” kata NASA. – Agensi 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI