fbpx

King diconteng ‘bodoh’ kerana parkir merata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah Perodua Myvi yang menjadi mangsa contengan oleh pengguna yang berang apabila kereta itu di parkir merata.

PETALING JAYA – Padah kerana menghalang lalu lintas dan menyusahkan pengguna lain, sebuah Perodua Myvi atau terkenal dengan panggilan ‘king’ telah diconteng dengan perkataan ‘bodoh’.

Nasib malang ‘king’ berwarna putih itu telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum ia tular di aplikasi TikTok yang dikongsi di akaun pengguna dikenali sebagai @Wan Irman.

Berdasarkan klip video tersebut, kelihatan Perodua Myvi itu diparkir di bahu jalan yang sempit dan pengguna berhadapan kesulitan terutamanya ketika ada kenderaan dari arah berlawanan.

Bagaimanapun, tiada maklumat berkaitan lokasi kejadian itu dirakam dan tarikh sebenar klip video itu diambil.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen yang menyokong tindakan yang dibuat oleh penconteng ‘king’ tersebut.

“Terima kasih kepada yang menconteng, anda dihargai,”tulis @ayed fariz.

“Kepada penconteng itu, anda adalah wira rakyat jelata,”komen @Zachery.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @abdkd.

“Orang macam ni tak ada sensitiviti, kat simpang, kat selekoh juga nak parkir kereta,”ujarnya.

Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, klip video tersebut telah ditonton lebih 16,800 kali dan sebanyak 499 komen telah ditinggalkan pengguna -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI