fbpx

KASA sedia kuatkuasa Akta Undang-Undang Air Minum Yang Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (tengah) dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UiTM, Prof. Dr. Mohd. Fozi Ali menandatangani plak perasmian RAS UiTM di Bangunan Annex UiTM Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menguatkuasakan Akta Undang-Undang Air Minum Yang Selamat di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua kementerian sudah mengadakan perbincangan bagi mengulas berkaitan rang undang-undang yang sedang dirangka itu.

Katanya, sebarang akta mengenai air minuman sememangnya berada di bawah kawalan KKM.

“Namun, jika wujud akta mengenai elemen perlanggaran isu air, kita bersedia mengambil tindakan mengikut undang-undang itu.

“Kita menyokong dan akan sentiasa berkolaborasi dengan KKM untuk menguatkuasakan Akta Undang-Undang Air Minum Yang Selamat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutupan program Sustain The World Virtual Camp (STWVC) 2022 dan pelancaran Rakan Alam Sekitar (RAS) 2.0 @ Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

KKM menerusi Seranta Awam Atas Talian memaklumkan penggubalan Rang Undang-Undang Air Minum Yang Selamat bertujuan melindungi masyarakat daripada bahaya kesihatan akibat air minum yang tidak mematuhi tahap kualiti ditetapkan.

Konteks air minum dalam skop Rang Undang-Undang itu adalah air yang boleh diminum mematuhi standard peraturan selepas proses rawatan, pengeluaran atau tahap penggunaan tidak termasuk air yang diselia mengikut Akta Makanan 1983 (Akta 281).

Justeru, penguatkuasaan Akta Air Minum Yang Selamat merangkumi dari Loji Rawatan Air (LRA) sehingga ke pengguna, tidak termasuk kawasan tadahan air yang berada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Dalam pada itu, beliau menobatkan UiTM sebagai perintis projek RAS Kluster Kampus dalam memastikan pembabitan pelajar dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI