fbpx

Kapal kargo Indonesia ditahan bersauh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal kargo dari Indonesia yang ditahan selepas disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur semalam.

KOTA TINGGI – Sebuah kapal kargo dari Indonesia ditahan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor selepas disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur semalam.

Pengarah APMM Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal yang berdaftar dari Pontianak, Indonesia itu ditahan di kedudukan 18.4 batu nautika timur Tanjung Balau kira-kira pukul 12.35 tengah hari.

Katanya, kapal kargo tersebut dikendalikan 12 kru lelaki warga Indonesia berumur diantara 23 tahun hingga 46 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap dokumen kapal mendapati kapal telah bersauh sejak 25 Mac lalu dan tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

“Oleh demikian nakhoda dan ketua jurutera kapal telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI