fbpx

Didenda RM10,000 gara-gara hantar bahan berunsur lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahab (dua dari kanan) ketika keluar daripada Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU – Seorang lelaki didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di sini hari ini membabitkan dua pertuduhan menghantar bahan berunsur lucah menerusi aplikasi Facebook tiga tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Wahab Ismail, 31, mengaku melakukan kesalahan berkenaan pada 4 September dan 9 Oktober 2019.

Bagu pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menghantar bahan berunsur lucah 4 September 2019 melalui aplikasi Facebook kepada seorang wanita dalam kejadian di Kampung Tarap Bongawan.

Wanita terbabit seterusnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan kejadian itu pada 24 September 2019.

Tertuduh sekali lagi dilaporkan menghantar bahan berunsur lucah kepada wanita sama pada 9 Oktober 2019.

Ekoran laporan itu, pihak SKMM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat serbuan ke rumah tertuduh di Kampung Ulu Luagan Bongawan pada 16 Januari 2020.

Beberapa barangan milik tertuduh yang digunakan untuk menghantar bahan lucah berkenaan turut dirampas termasuklah telefon bimbit, dua kad sim dan kad micro SD.

Hakim Mahkamah Sesyen, Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM10,000 iaitu RM5,000 bagi setiap pertuduhan atau tiga bulan penjara bagi kedua-dua kes sekiranya tertuduh gagal membayar denda ditetapkan.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala SKMM diwakili Pegawai Pendakwa, Nazrul Nizam.

Sementara itu, menerusi kes berasingan, seorang pengarah syarikat turut mengaku bersalah atas empat pertuduhan menjual peralatan komunikasi tanpa perakuan Sirim dan SKMM.

Dua pertuduhan adalah melibatkan individu manakala dua lagi membabitkan syarikat milik tertuduh.

Tertuduh, Chai Gua Fang, 60, mengakui melakukan perkara itu pada 23 Jun 2020 melalui syarikat milikinya iaitu East-Con Trading Sdn. Bhd. yang bertempat di Kompleks Karamunsing.

Chai didakwa sudah menjual sebuah ‘audio video sender’ dengan harga RM1,790 dan pemeriksaan yang dibuat Juruteknik Kanan di Sirim QAS International Sdn. Bhd. mendapati alat komunikasi terbabit adalah kelengkapan komunikasi yang dimandatorikan untuk mendapatkan pemerakuan seperti dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Malaysia (Standard Teknik) 2000.

Pertuduhan seterusnya melibatkan kesalahan menjual sebuah mikrofon tanpa wayar dengan harga RM238 pada 11 Mac 2020.

Juruteknik Kanan di Sirim QAS International Sdn. Bhd. menerusi pemeriksaanya mendapati mikrofon terbabit tidak diperakui SIRIM.

Tertuduh dikenakan denda berjumlah RM1,500 bagi setiap pertuduhan dan tiga bulan penjara jika gagal membayar denda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI