fbpx

Deftech jamin aset penuhi spesifikasi, piawaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tetamu jemputan yang hadir melihat tapak pameran di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini. - FOTO: AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd (Deftech) memberi jaminan ke atas semua aset yang dihasilkan memenuhi piawaian penyelenggaraan alat ganti dan komponen seperti yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Deftech, Fazley Ariffin berkata, ketetapan jaminan tersebut dibuat setelah semua syarikat pembekal yang bekerjasama dengan Deftech menandatangani perjanjian kolaborasi antara kedua-dua pihak.

Mohd. Fazley ketika ditemui selepas pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) dengan sebahagian syarikat tempatan di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini. FOTO – AMIR KHALID

“Apa yang penting adalah untuk menjawab persoalan yang sering timbul di mana kita mahu memastikan setiap alatan atau kenderaan mampu bertahan untuk tempoh 15 tahun akan datang.

“Justeru, kita bersama-sama rakan strategik memastikan setiap pembekalan alat ganti dan komponen memenuhi bekalan dan piawaian mengikut spesifikasi ditetapkan,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), semalam.

Fazley berkata, jaminan tersebut secara tidak langsung meningkatkan potensi syarikat tempatan dalam industri terutama membabitkan sektor pertahanan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI