fbpx

Bukan tergesa-gesa tapi ikut proses sebelum gantung guru KAFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Amirudin Shari.

SHAH ALAM – Penggantungan tugas terhadap 57 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini adalah mengikut proses tatatertib penjawat awam.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bukanlah dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya telah melalui beberapa proses sesi kaunseling, pemakluman, peringatan dan surat amaran.

Katanya, mereka boleh kembali bertugas seperti biasa sekiranya akur dengan perintah jabatan untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Kita hormati pendirian mereka namun kita tidak boleh ambil risiko yang besar khususnya kepada anak-anak dan guru lain di sekolah.

“Justeru, selepas beberapa proses, ini adalah mereka yang betul-betul tegar yang diulang kali diberitahu bahawa risiko ini bakal dihadapi (gantung tugas),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung seramai 57 guru KAFA di Selangor yang digantung tugas kerana enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Amirudin menegaskan tindakan penamatan perkhidmatan boleh dikenakan sekiranya guru-guru berkenaan masih enggan menerima vaksin Covid-19 dalam tempoh penggantungan tersebut.

Beliau menambah, penggantungan tugas kepada guru terlibat itu turut pembayaran elaun yang diberhentikan dalam tempoh tersebut.

“JAIS akan menguruskan penyelarasan pengajaran dan pembelajaran termasuk guru ganti sepanjang tempoh penggantungan tersebut,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI