fbpx

Baloy sedia ‘Buku 555’ bantu peniaga beli stok berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yen CY (tiga dari kiri) merasmikan pembukaan gudang Baloy di Bukit Senjuang, Melaka kelmarin.

MELAKA – Syarikat peruncitan, Baloy Sdn. Bhd. (Baloy) menyediakan ‘buku 555’ untuk membantu usahawan yang me­ngalami masalah kewangan akibat pandemik memulakan semula perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yen CY berkata, untuk tujuan tersebut, pihaknya menggunakan kaedah Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) bagi membo­lehkan peniaga mendapatkan stok perniagaan masing-masing tanpa dibebani modal yang besar pada peringkat awal.

Menurut beliau, peniaga dibenarkan mengambil dahulu barang keperluan perniagaan bernilai antara RM1,000 hingga RM20,000 sebelum membayar­nya pada hujung bulan.

“Ia sama seperti zaman dahulu tetapi apa yang membezakan Baloy adalah ia menggunakan aplikasi servis tanpa tunai myIOU yang mana nilai kredit sehingga RM20,000 akan diberikan kepada pemohon.

“Kami berharap peniaga dapat kembali berniaga dan operasi akan pulih secara berperingkat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan gudang Baloy pertama di Melaka di Bukit Senjuang kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai konsep pembiayaan melalui BPNL, beliau menjelaskan, peniaga hanya perlu memuat turun aplikasi yang disediakan dan melengkapkan butiran diperlukan.

“Bagi permohonan pembiayaan sehingga RM20,000, mereka perlu menghantar dokumen pendaftaran perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mereka juga tidak mempunyai rekod senarai hitam atau diisytihar bankrap.

“Sehingga kini, kami telah membantu kira-kira 100 peniaga menerusi kemudahan ini khususnya mereka yang terlibat dalam perniagaan restoran dan gerai,” katanya.

Yen menambah, Baloy telah membuka 14 buah kedai runcit di seluruh Melaka sejak 2020 dan menyasarkan untuk membuka 26 buah lagi tahun ini termasuk di Selangor dan negeri Pantai Timur.

Jelas beliau, syarikat menawarkan barangan pada harga 20 peratus lebih rendah kerana bekalan diperoleh terus daripada pembekal kilang dan tidak melalui orang tengah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI