fbpx

Anak OKU jaga ibu menderita kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORASIAH (kanan) menguruskan ibunya, Zauwiyah (tengah) sambil dibantu Ismail (dua dari kiri) di rumah mereka di Kampung Paloh Tuan Sulong, Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang anak perempuan yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) memikul tanggungjawab besar untuk menjaga ibu­nya yang kini terlantar sakit akibat kanser usus kronik sejak lebih setahun lalu.

Norasiah Ismail, 34, merupakan OKU masalah pembelajaran, namun khidmatnya sangat diperlukan oleh keluarga terutama menjaga ibunya, Zauwiyah A. Majid, 65.

Bapanya, Ismail Embong, 71, berkata, dia cukup sayu melihat keadaan Zauwiyah lebih-lebih lagi tanggungjawab untuk menjaganya terletak di bahu anak OKU mereka.

“Norasiah ada masalah pem­belajaran dan lebih membimbangkan apabila dia sering di­serang sawan. Namun, dia sahaja yang boleh diharap di rumah ini.

“Kakak sulungnya (Norhayati, 47) juga OKU selepas mengalami demam panas ketika berusia 12 tahun. Saya pula semakin uzur akibat penyakit saraf yang menyerang sendi kaki dan tangan sejak akhir-akhir ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paloh Tuan Sulong di sini baru-baru ini.

Ismail berkata, penyakit kan­ser usus isterinya semakin kritikal sehingga dia tidak lagi mampu untuk mengawal sistem pencernaannya.

Tambahnya, keadaan itu menyebabkan Zauwiyah memerlukan lampin pakai buang yang banyak pada setiap hari.

“Kos perubatan dan membeli lampin pakai buang untuk isteri saya mencecah lebih RM400 sebulan.

“Buat masa ini, kami terpaksa menebuk lantai kayu di bilik tidur untuk memudahkan kami menguruskan Zauwiyah membersihkan diri,” katanya.

Ismail menjelaskan, ini di­sebabkan ruang ke bilik air terlalu sempit, namun mereka tidak mampu daripada segi kewangan untuk mengubah suai bahagian itu.

Jelasnya, mereka empat sekeluarga amat bergantung kepada pencen bulanan sebanyak RM400 sebagai pesara Lembaga Letrik Negara (kini dikenali Tenaga Nasional Nasional) selain bantuan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 masing-ma­sing kepada Norhayati dan Norasiah.

“Lima anak lain yang menetap di luar Terengganu kadangkala membantu tetapi kami faham, mereka juga terkesan dengan keadaan ekonomi pada masa ini.

“Syukur juga kerana Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Paloh Tuan Sulong menyumbang katil khas untuk kemudahan isteri,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyumbang menerusi akaun bank Ismail 1111-529-84371176-3 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubungi­nya di talian 011-5168 1752 atau 01161023696 (Norasiah).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI