PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, keadaan cuaca tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam ini.
“Bagi negeri Perak, kawasan yang terlibat ialah Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Padang dan Muallim.
“Sementara di Pahang melibatkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron dan Lipis. Bagi negeri Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kebanyakan kawasan di ibu negara dan Putrajaya turut dilaporkan akan mengalami keadaan cuaca sama.
“Amaran ini turut dikeluarkan bagi negeri di Negeri Sembilan yang melibatkan kawasan Seremban, Kuala Pilah dan Rembau,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE