fbpx

Will Smith tampar Chris Rock pada majlis Oscar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMITH (kanan) menampar Chris Rock di pentas Oscar di Hollywood semalam. - AFP

HOLLYWOOD, California – Aktor Will Smith menyerbu ke pentas Oscar dan menampar muka pelawak, Chris Rock kerana berjenaka tentang isterinya dalam insiden malam gala yang tular dan mengejutkan hadirin.

Ketika kejadian, Rock berjenaka semasa memenuhi gilirannya untuk menyampaikan anugerah kategori filem dokumentari. Dia menyamakan gaya rambut rata Jada Pinkett Smith dengan penampilan Demi Moore dalam G.I. Jane, malah mencadangkan Jada diambil berlakon sekuel filem itu.

Smith kemudian dilihat bergegas ke pentas lalu menampar Rock sebelum kembali semula ke tempat duduknya di samping Jada.

“Jangan libatkan nama isteri saya dengan mulut sial kamu,” jerit Smith sekali gus memaksa penerbit memadamkan audio selama beberapa saat ketika acara itu yang bersiaran langsung ke  seluruh Amerika Syarikat.

Sementara itu, Jabatan Polis Los Angeles (LAPD)  menyatakan, pihaknya maklum tentang insiden tersebut, namun individu terbabit enggan membuat laporan polis.

“Sekiranya pihak terlibat mahu membuat laporan polis pada satu tarikh kemudian, LAPD akan dapat menyelesaikan kertas siasatan,” kata jabatan polis itu dalam satu kenyataan yang diperoleh agensi berita AFP.

Selepas anugerah itu selesai, penganjur, Academy menyatakan bahawa pihaknya tidak menyokong sebarang bentuk keganasan tanpa merujuk kepada insiden tersebut.

Jada yang juga seorang aktres, menghidap penyakit keguguran rambut dan mendedahkan masalah itu kepada umum dalam tahun 2018. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI