fbpx

Tikus berenang dalam paket minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seekor tikus yang terperangkap di dalam minyak masak. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video mendapat perhatian netizen Indonesia apabila memaparkan seekor tikus berenang di dalam sepaket minyak masak, lapor laman berita Suara.com.

Video itu tular setelah dimuat naik menerusi akaun Instagram milik @smart.gram. 

Dalam rakaman itu, seekor tikus kelihatan terperangkap di dalam sepaket minyak masak. Tikus itu berulang kali cuba keluar daripada  bungkusan itu dengan berenang ke sisi menggunakan kakinya. 

Walaupun baki minyak masak ketika itu hanya sedikit, pemiliknya tetap kecewa dengan kejadian itu. Ini kerana Indonesia kini berdepan dengan isu kekurangan bekalan minyak masak sehingga harga komoditi itu melambung tinggi.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kenapa tidak tutup rapat bungkusan itu?” kata seorang netizen.

“Makanya, jangan buat bukaan besar pada bungkusan minyak,” tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI