fbpx

‘Tak puas hati, jom gaduh dekat luar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan situasi seorang lelaki memarahi sekumpulan anggota Rela di sebuah premis kerana disyaki tidak berpuas hati.

PETALING JAYA – Dalam setiap jenis pekerjaan, pastinya mempunyai skop tugas yang telah ditetapkan temasuklah memastikan setiap individu mematuhi peraturan ketika berada di sesuatu kawasan.

Begitu juga dengan situasi yang berlaku di sebuah premis menyaksikan seorang lelaki bertindak memarahi sekumpulan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) kerana berang apabila terdapat pengunjung yang datang lebih lewat dibenarkan masuk terlebih dahulu ke dalam premis berkenaan

Menerusi ruang kapsyen video yang dikongsikan oleh @yopnorha, dia memaklumkan lelaki tersebut telah mengajak salah seorang anggota Rela yang bertugas untuk bergaduh akibat terlalu marah dengan insiden itu.

Tidak disangka, anggota tersebut bersedia menyahut cabarannya sehingga lelaki itu terdiam seketika.

Menjengah ke ruangan komen, rata orang ramai berpuas hati dengan tindakan anggota tersebut yang dikatakan berani menyahut ajakan lelaki tersebut kerana pasukannya hanya menjalankan tugas dengan betul.

Sementara itu, ada juga pengguna berpendapat agar setiap masalah yang berlaku perlulah diselesaikan dengan perbincangan dan tidak terus mengamuk kerana ianya tidak elok ditonton oleh orang lain terutamanya di kawasan umum.

“Ada masalah, bincang baik-baik, bukan tunjuk siapa kuat, buat malu sahaja,” kata Azri Saidin.

“Terbaik la abang Rela, pantang dicabar, yang lelaki baju biru pun satu, ajak orang gaduh, bila orang sahut, kau diam pula,” ujar Kamarul.

“Mereka hanya jalankan tugas, mungkin ada sebab kenapa orang yang datang lewat itu diberi masuk dahulu, boleh bertanya dengan baik, bukan tengking,” tegur Laila. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI