fbpx

Sultan Johor arah lima gerai terbakar dibaik pulih segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim mencemar dulu berkenan melawat premis perniagaan yang terbakar di Felda Ulu Tebrau, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Dalam tempoh kurang 24 jam, kerja-kerja pembinaan lima gerai yang musnah dalam kebakaran di Felda Ulu Tebrau, semalam sudah dilaksanakan pagi tadi.

Kerja-kerja tersebut dijalankan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat bertemu dengan mangsa-mangsa kebakaran, malah baginda bertitah segala kos pembinaan akan dibiayai sepenuhnya Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Pada pagi ini, kerja-kerja meroboh gerai bagi pembinaan semula telah bermula dengan dipantau sendiri oleh wakil baginda, Mejar Cina Datuk David Wong.

Kerja-kerja pembinaan semula lima gerai itu rancak dijalankan.

“Tengah hari semalam saya melawat kawasan kejadian dan pagi ini kerja-kerja sudah pun bermula. Saya sentiasa mahu tindakan pantas membantu rakyat. Ini merupakan cara kerja saya, kurangkan bercakap lebihkan bekerja,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Terdahulu, David Wong turut menyampaikan sumbangan peribadi Sultan Johor kepada mangsa kebakaran beserta kotak sumbangan makanan YSIJ.

“Sultan Johor sendiri yang melukis pelan pembinaan secara terperinci dari segi bahan binaan serta warna cat. Baginda juga berkenan untuk menyediakan tandas bagi kemudahan peniaga dan pelanggan.

“Kerja-kerja meroboh gerai dan perbincangan pelan bersama pemilik gerai dilakukan pada hari ini agar pembinaan semula dapat dilakukan segera seperti yang dititahkan oleh baginda,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI