fbpx

Snoop Dogg akui sukakan muzik K-pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SNOOP DOGG dan BTS akan bergabung menerusi sebuah lagu yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

AKHIRNYA, impian dan keterujaan peminat setia kumpulan BTS untuk melihat kolaborasi antara artis kesayangan mereka dengan rapper popular Snoop Dogg menjadi kenyataan.

Memetik kenyataan dalam portal The A.V. Club, Snoop mengesahkan bahawa dia akan menjalin kerjasama bersama BTS, namun menunggu kumpulan itu berkongsi maklumat lanjut kepada peminat.

“Kerjasama dengan BTS yang kalian sering bualkan sebelum ini, saya nak beritahu tentangnya.

“Saya suka dunia hiburan di sana (K-pop). Muziknya bagus, ada ‘vibe’. Saya buat muzik yang bagus. Mereka juga buat muzik yang bagus. Akhirnya kami lakukan ini (kerjasama). Inilah yang sepatutnya, membawa dunia kami bersama-sama,” katanya.

Sebelum ini, rapper terkenal itu pernah menjalin kerjasama dengan ramai artis K-pop antaranya Girls’ Generation, 2NE1, PSY dan Monsta X.

“Saya dah ada pengalaman bekerja dengan artis K-pop sejak sekian lama. Berhubungan dengan dunia muzik itu.

“Dahulu saya pernah rakam lagu bersama sebuah kumpulan bernama 2NE1,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI