LONDON – Sebuah penjara di Kent, England, menyediakan beberapa kemudahan selesa untuk kegunaan banduan supaya mereka meneruskan kelakuan baik, lapor akhbar The Sun semalam.
Panjara HMP Cookham Wood menyediakan televisyen skrin lebar, sofa selesa dan peralatan muzik termasuk pemain DVD, enam gitar akustik dan elektrik serta dinding bercorak segi tiga yang menarik.
Institusi penjara itu menempatkan kira-kira 190 banduan juvana berusia antara 15 hingga 18 tahun.
Kebanyakan daripada mereka dipenjarakan atas kesalahan jenayah ganas dan dadah. Ruang istirahat itu disediakan untuk banduan yang berkelakuan baik sepanjang berada di dalam penjara.
“Ini adalah menjangkaui penjara-penjara lain yang kebiasaan kita lihat. Dengan melayan banduan secara baik, mereka diharap dapat memperbaiki diri dan terus berkelakuan baik,” kata seorang sumber.
Penjara Cookham Wood sebelum ini menempatkan pesalah kes bunuh berprofil ketika ia beroperasi sebagai penjara wanita. Ia kemudian diubah menjadi penjara banduan juvana lelaki pada 2007. – AGENSI