fbpx

Papan tanda ‘menangis’ kelirukan pengguna jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar sebuah papan tanda 'menangis' yang dirakam di sebuah kawasan di Klang dikongsi seorang pengguna Facebook.

PETALING JAYA – Sakit mata, mengelirukan pengguna serta mencacatkan pemandangan.

Itu antara reaksi orang ramai apabila melihat sekeping foto tular di media sosial yang memaparkan sebuah papan tanda jalan raya yang hampir lusuh.

Difahamkan gambar papan tanda tersebut dirakam di sebuah kawasan di sekitar Klang.

Menerusi foto yang dikongsi di laman Facebook Ismail Ibrahim, papan tanda terbabit sangat ‘daif’ sehingga huruf dan perkataan yang menjadi penunjuk arah kepada pengguna jalan raya sukar dibaca.

Kosmo! difahamkan ‘kedaifan’ papan tanda tersebut sudah lama berlaku, namun masih belum ada sebarang tindakan dibuat oleh pihak bertanggungjawab.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelesaikan segera isu terbabit kerana ia bukan sahaja mencatatkan pemandangan, malah menyukarkan pengguna jalan raya yang mencari arah.

“Sakit mata dan hati apabila lihat ‘signboard’ (papan tanda) seperti ini, kesian pengguna jalan raya mungkin mereka sukar baca nama jalan terutamanya pada waktu malam atau hujan kerana hurufnya hampir padam,” tulis Mat Taipan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Arman X Soljer.

“Dah hidup 52 tahun baru kali ni aku lihat ‘signboard’ menangis,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI