fbpx

Mohd. Sabirin dilantik CEO baharu LZS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabirin.

PETALING JAYA – Ketua Bahagian Agihan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LZS berkuat kuasa 1 April depan.

Pelantikan Mohd. Sabirin yang mempunyai pengalaman meluas hampir tiga dekad dalam pelbagai bidang, termasuk pengurusan, pentadbiran, kewangan, pelaburan dan keusahawanan telah diputuskan Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Mohd. Sabirin memulakan kerjaya di LZS pada tahun 2008 sebagai eksekutif perniagaan dan seterusnya memegang pelbagai jawatan kepimpinan, termasuk Ketua Sektor Perniagaan.

Beliau juga terlibat dalam menguruskan zakat perniagaan untuk pemilik tunggal, usahawan, syarikat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat tersenarai awam.

Terdahulu, Mohd. Sabirin berkata, beliau bersyukur di atas peluang untuk menerajui LZS yang kini terus berkembang maju sebagai sebuah institusi zakat terkemuka bertaraf global.

“Saya berharap untuk bekerjasama bersama Pemegang Amanah dan pasukan pengurusan LZS dalam memacu pertumbuhan dalam kedua-dua kutipan serta pengagihan zakat.

“Di samping, menerajui kecekapan operasi, telus dan berintegriti untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti umat Islam dan pihak kepentingan LZS,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI