fbpx

McDonald’s Malaysia tunai zakat perniagaan RM600,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anhar (dua kiri) menerima pembayaran zakat perniagaan bagi pihak LZS daripada Azhar sambil diperhatikan oleh Muhd. Fikri (kiri) hari ini.

KUALA LANGAT – McDonald’s Malaysia menunaikan tanggungjawabnya dengan membayar zakat perniagaan sebanyak RM600,000 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun ini.

Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata,
pembayaran itu merupakan jumlah tertinggi telah dibayar syarikat itu selepas menjadi pembayar zakat sejak enam tahun lalu.

“Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai teras McDonald’s Malaysia sama ada menerusi zakat dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Sumbangan zakat kali ini amat bermakna kerana kita turut menyumbang bagi membantu mangsa banjir di Daerah Kuala Langat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Azhar menyampaikan simbolik replika zakat perniagaan kepada LZS yang diterima Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir di McDonald’s cawangan Banting hari ini.

Jelas Azhar, setakat tahun lalu, pihak McDonald’s Malaysia telah menyumbang zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh negara.

Sementara itu, Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd. Fikri Naim Harun berkata, pihaknya menyambut baik penglibatan pihak korporat bagi pembayaran zakat perniagaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI