fbpx

Lori bawa asid sulfurik terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori membawa asid sulfurik terbalik di Simpang Tiga Pondok Labu, Seberang Perai hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

SEBERANG PERAI – Sebuah lori membawa tujuh tong berisi asid sulfurik terbalik dalam kejadian kemalangan di Simpang Tiga Pondok Labu, Jalan Sungai Lembu-Bukit Mertajam di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu dipercayai berlaku apabila lori dipandu seorang lelaki berusia 50-an dipercayai terbabas sebelum terbalik di bahu jalan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian sejurus menerima laporan mendapati ia membabitkan sebuah lori lima tan membawa tujuh tong berisi asid sulfurik berkapasiti 1,500 liter.

“Pemandu yang cedera pada kepala berjaya keluar sendiri dari lori yang terbalik sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjut.

“Terdapat dua tong yang tertumpah di tepi jalan, manakala kerja-kerja mengenalpasti bahan kimia lain yang terlibat sedang dilakukan dengan dibantu pihak syarikat berkenaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut jurucakap itu, ketika ini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan pasukan bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI