fbpx

Lans Koperal menangis dijel 10 tahun, denda sebabkan kematian buruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal menangis selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM10,000 kerana menyebabkan cedera parah dengan niat mendatangkan kematian seorang buruh, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mahyon Talib menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang berasal dari Sabah Baxter, Kisar, 32, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula hari ini dan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap A. Krishnan, 38, di hadapan kedai makan di Jalan Rampai Niaga, Sri Rampai, Wangsa Maju di sini antara pukul 5 pagi  hingga 5.45 pagi pada 18 Julai 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, sekiranya perbuatan tersebut menyebabkan kecederaan maka boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun.

Semasa prosiding, peguam George Goh memohon kepada mahkamah agar hukuman pemenjaran ditangguhkan.

Bagaimanapun, hakim Mahyon tidak membenarkan permohonan itu dan memerintahkan hukuman penjara bermula hari jatuh hukum.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri.

Dalam perbicaraan yang bermula Oktober 2019, seramai 14 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI