PETALING JAYA – Penduduk di negeri Sarawak, Sabah dan Labuan dinasihatkan untuk kekal berjaga-jaga dengan amaran cuaca buruk awal petang ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca yang tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di setiap negeri yang terbabit sehingga pukul 3 petang hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, hujan lebat serta ribut petir bakal melanda sekitar Limbang (Lawas) negeri Sarawak serta keseluruhan kawasan di Labuan.
Selain itu, keadaan yang sama dilaporkan tertumpu di beberapa daerah di Sabah temasuklah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Kudat (Pitas dan Kudat). – KOSMO! ONLINE