fbpx

Hentikan pembaziran makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baginda (kiri) ketika bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14, hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri perlu mengambil langkah-langkah efektif termasuk mendidik rakyat di negeri ini menghentikan pembaziran makanan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, berdasarkan laporan sebanyak 17,000 tan sisa makanan yang boleh mengisi perut tiga juta rakyat dilupuskan setiap hari.

“4,080 tan daripada jumlah tersebut merupakan makanan yang dibazirkan dan jumlah berkenaan meningkat sepuluh peratus pada bulan Ramadan.

“Angka tersebut membayangkan betapa seriusnya perbuatan pembaziran makanan yang sedang berlaku,” titah baginda selepas berkenan merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di sini hari ini.

Justeru, Baginda bertitah semua jabatan kerajaan di negeri ini wajib menunjukkan contoh yang baik dalam menghentikan pembaziran makanan, misalnya menempah makanan secara berpada-pada.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI