fbpx

Hargai guru, bukan jadikan ‘kambing hitam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kebelakangan ini, pelbagai cerita dan isu berkaitan guru dibangkitkan oleh masyarakat dan ibu bapa.

Tidak hanya dipaparkan di media sosial, malah kebanyakan akhbar turut menjadikan isu guru sebagai tajuk utama mereka.

Bermula dari isu beg berat sehinggalah kepada permasalahan guru bersara awal, pelbagai kupasan dilontarkan seolah-olah untuk mencari ‘siapa yang bersalah’ yang akhirnya guru juga dipersalahkan.

Memang diakui, guru kini berdepan pelbagai cabaran dalam mendidik anak bangsa jika dibandingkan dengan dahulu. Sistem pengisian data yang terkini selain modul pembelajaran yang sering kali berubah antara cabaran yang perlu dihadapi.

Ini belum mengambil kira tanggungjawab lain khususnya untuk berdepan pelbagai ‘luahan’ dan ‘kritikan’ daripada ibu bapa menerusi grup WhatsApp.

Bagaimanapun, di sebalik tekanan yang dihadapi, guru-guru di seluruh negara tetap komited untuk menyebarkan ilmu demi kebaikan para pelajar. Bagi mereka, mendidik anak bangsa adalah amanah yang perlu dipikul.

Sekurang-kurangnya, bebanan kerja yang dihadapi ketika ini akan hilang sebaik melihat anak didik berjaya dan menjadi manusia yang terbaik.

Cumanya, sebagai masyarakat yang dilingkari dengan kehidupan persekolahan dan pembelajaran, cercaan dan hinaan kepada warga pendidik mungkin perlu dielakkan.

Bukan apa, alangkah indahnya bila mana masyarakat terutama ibu bapa dapat menjalin ‘kerjasama’ untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

Buat masa ini, janganlah kita terlalu mahu mencari jawapan kepada ‘siapa yang salah dan siapa yang menang’ kerana diakhirnya, anak bangsa kita yang menjadi mangsa.

GURU PENCEN
Johor Bahru, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI