fbpx

Gempa bumi lemah di Beluran, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di Beluran, Sabah pada pukul 8.39 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporannya di Facebook berkata, kejadian tersebut berlaku pada koordinat 6.5 darjah utara dan 117.5 darjah timur.

“Gempa tersebut berlaku pada magnitud 3.8 skala Richter berjarak 47 kilometer (km) timur dari Pitas di kedalaman 7km.

“Gegaran mungkin dirasai di kawasan Beluran dan sekitarnya,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia, pihaknya akan terus memantau keadaan ini secara berterusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI