fbpx

Dua transporter dicekup tunggu 14 PATI keluar semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang dicekup di kawasan semak sekitar Morib, Banting semalam.

KUALA LANGAT – Dua transporter tempatan yang sedang menunggu pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup di Jalan Banting-Sepang, Morib di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu turut menahan 14 PATI termasuk tiga wanita di kawasan semak berhampiran.

Kesemua yang ditahan berusia 23 hingga 55 tahun.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am, Superintendan Rizal Mohamed berkata, penangkapan mereka hasil rondaan pihaknya bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di kawasan Morib sebelum mengesan dua buah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki tempatan berusia 28 dan 38 tahun yang mengakui sebagai transporter sedang menunggu PATI bagi proses penghantaran.

“Susulan itu, pemeriksaan lanjut dilakukan dengan menemui 11 lelaki dan tiga wanita warga asing yang sedang bersembunyi di kawasan semak.

“Kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihaknya percayai kesemua PATI itu memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot.

Tambah Rizal, turut dirampas adalah dua buah masing-masing kenderaan dan telefon bimbit dianggarkan berjumlah RM44,100.

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Banting untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengukut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI