IPOH – Dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) bomba digerakkan ke tapak kuari di Keramat Pulai di sini bagi mengesan dua mangsa tertimbus dalam runtuhan batu sejak 8 Mac lalu.
Timbalan Komander Operasi II, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Umrani Che Mat berkata, struktur batu dan runtuhan tidak membahayakan anggota penyelamat membolehkan K9 dibawa masuk.
“Pagi tadi, pencarian K9 menunjukkan minat pada satu spot (titik), cuma ia tidak berapa kuat.
“Jadi, kita akan gerakkan anjing itu sekali lagi petang ini namun bergantung pada keadaan semasa cuaca,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jelasnya, pencarian akan diatur gerak selepas kerja-kerja menggerudi lubang pada titik berkenaan diperluaskan sedikit untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat. – KOSMO ONLINE