fbpx

Deftech perkenalkan UAV taktikal pertama negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazley (kanan) dan Asghar (dua kanan) memperkenalkan pesawat udara tanpa pemandu (UAV) pertama di Malaysia di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2022) dan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC 2022) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

PETALING JAYA – DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd (Deftech) memperkenalkan sebuah pesawat udara tanpa pemandu (UAV) pertama di Malaysia yang direka dan dibangunkan secara tempatan di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2022) dan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC 2022) hari ini.

Ketua Pegawai EKsekutif Kumpulan Deftech, Fazley Ariffin berkata, pembangunan UAV taktikal pertama negara ini merupakan satu pencapaian membanggakan untuk industri pertahanan tempatan.

“Teknologi autonomi seperti UAV atau dron dapat melipat gandakan keupayaan pasukan pertahanan dan keselamatan.

“Ia menyediakan paltform yang selamat dalam mengendalikan apa jua situasi atau persekitaran yang bahaya dan mencabar,” katanya ketika ditemui di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Fazley berkata, pesawat ini mampu melaksanakan operasi yang kompleks, dron autonomi yang berkebolehan mengakses kawasan yang sukar, sekali gus meminimumkan risiko nyawa manusia.

Pesawat itu telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Udara Malaysia (TUDM), Datuk Seri Asghar Khan Goriman Khan di pameran Deftech, di sini hari ini.

UAV ISR ini akan dipamerkan di DSA 2022 bermula hari ini sehingga 31 Mac. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI