fbpx

CEO tidak dimaklum dengan cadangan pelaburan RM50 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar dan Zizie ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan ke-26 memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa cadangan pelaburan RM50 juta Felcra dalam unit amanah Public Mutual tidak dimaklumkan kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Datuk Ramlee Abu Bakar berikutan wujudnya ‘perang dingin’ dalam agensi itu.

Bekas Pengurus Besar Kumpulan Kewangan (CFO) Mohd. Azmy Abu Samah, 54, berkata beliau tidak memaklumkan mengenai cadangan pelaburan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Pelaburan (CIO), Datuk Zulkarnain Md. Eusope.

“Apabila saya berbincang dengan Datuk Zulkarnain, saya katakan cadangan pelaburan perlu dibawa kepada Majlis Pengurusan Tertinggi (MPT), tetapi beliau beritahu kalau ia dibawa melalui CEO, dia (CEO) tidak akan proses.

“Oleh kerana Datuk Zulkarnain masuk setahun awal daripada saya, jadi beliau lagi arif mengenai  culture (budaya) di Felcra, beliau nasihatkan saya mengenai ‘coldwar’ (perang dingin) antara Datuk CEO dan pengerusi (Datuk Bung Moktar Radin)… oleh kerana saya masih baru, ada kemungkinan hubungan pengerusi dan CEO kurang menarik,” kata saksi itu.

Saksi itu bagaimanapun tidak pasti sama ada  Pengurus Kanan Kawalan Kredit Felcra Azriman Ridouan ada memaklumkan mengenai cadangan pelaburan itu kepada Ramlee.

Dalam pada itu, saksi itu turut berkata Datuk Seri Bung Moktar Radin memintanya untuk melihat sama ada agensi itu boleh membuat pelaburan dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Mohd. Azmy berkata beliau kemudian meminta Azriman supaya membuat kajian terhadap pelaburan unit amanah berhubung keadaan pasaran unit amanah, situasi bursa dan perbandingan dengan syarikat-syarikat lain.

“Hasil analisis tersebut mendapati keadaan pasaran pada ketika itu telah jatuh dan ini adalah masa terbaik untuk membuat pelaburan dalam unit amanah,” kata saksi itu lagi.

Saksi itu berkata beliau kemudian mengambil pendekatan untuk melihat kedudukan kewangan Felsetelah dimaklumkan oleh Azriman bahawa dan pada masa sama ejen pelaburan Public Mutual Mahdi Abdul Hamid bertanya kepadanya sama ada Felcra berminat untuk membuat pelaburan dalam unit amanah.

Sehubungan itu beliau kemudian membentangkan kertas kerja cadangan pelaburan itu kepada Bung Moktar secara informal dan memaklumkan bahawa RM50 juta adalah jumlah paling tinggi boleh dilaburkan bagi mempelajari bagaimana untuk menguruskan unit amanah.

“Saya memberitahu Datuk Bung Moktar kita boleh dapatkan kecairan dalam RM1.5 bilion tetapi tunai yang ada sekarang adalah RM300 juta, Bung Moktar bertanya kepada saya berapa jumlah yang boleh dilaburkan saya beritahu (at most) paling tinggi adalah RM50 juta,” ujarnya lagi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung lagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI