fbpx

Blinken di Israel untuk rundingan dengan negara Arab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETIAUSAHA Negara AS, Antony Blinken melambai ketika disambut oleh Ketua Protokol Israel, Gil Haskel (kanan) setibanya di lapangan terbang Ben Gurion di Lod berhampiran bandar Tel Aviv kelmarin. - AFP

TEl AVIV – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken semalam berada di Israel untuk mengadakan pertemuan ‘bersejarah’ bersama negara-negara Arab yang memulihkan hubungan dengan Israel menerusi Perjanjian Ibrahim tajaan Washington.

Blinken yang tiba di Tel Aviv petang kelmarin, dijadualkan menemui rakan sejawatnya dari Israel, Maghribi, Mesir, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Gurun Negev semalam dan hari ini bagi menandakan anjakan dalam hubungan Arab-Israel yang bermula pada akhir 2020.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid menganggap pertemuan tersebut sebagai ‘sidang bersejarah’.

Blinken juga akan melawat Tebing Barat dan  Algeria serta berdialog dengan pemerintah UAE, Mohammed bin Zayed yang merupakan Putera Mahkota Abu Dhabi.

Semasa lawatannya, Biden akan memberi tumpuan kepada agenda membina sokongan untuk Ukraine susulan pencerobohan Rusia.

Dua isu utama lain adalah untuk melenyapkan kebimbangan Israel mengenai perjanjian nuklear yang akan ditandatangani oleh Barat dan Iran serta membincangkan risiko kekurangan bekalan gandum dunia disebabkan perang Ukraine khususnya terhadap rantau Asia Barat.

“Kami sedar impaknya amat dirasai di Asia Barat dan Afrika Utara di mana kebanyakan negara mengimport sekurang-kurangnya separuh keperluan gandum dan sebahagian besarnya dari Ukraine.

“Perang ini akan menyebabkan kenaikan berterusan makanan ruji seperti roti di rantau ini,” kata Pemangku Pembantu Setiausaha Jabatan Negara, Yael Lempert menjelang lawatan Biden. 

Lawatan Biden berlaku ketika AS dan Iran di peringkat akhir rundingan untuk menghidupkan semula Pelan Tindakan Komprehensif Bersama 2015 yang bertujuan untuk menghalang Teheran daripada membangunkan senjata nuklear.

Pentadbiran bekas Presiden AS, Donald Trump berundur daripada perjanjian itu secara unilateral (sendirian) pada 2018 dan menguatkuasakan semula sekatan ekonomi ketat, manakala Iran pula menyambung semula aktiviti nuklearnya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI