fbpx

Bayi dipakai tuala wanita, gara-gara lampin habis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang bayi dipakaikan tuala wanita gara-gara kehabisan bekalan lampin.

PETALING JAYA – Kebanyakan pasangan suami isteri pastinya pernah merasai detik-detik mencemaskan dalam menguruskan anak pertama terutamanya ketika masih bayi.

Situasi seperti itu turut dialami oleh pasangan muda apabila sebuah video yang dikongsikan di media sosial hari ini memaparkan bayi mereka terpaksa dipakaikan tuala wanita kerana kehabisan lampin.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila si bapa yang sedang merakam anaknya itu membuka seluar anaknya dan dapat dilihat bayinya itu hanya memakai tuala wanita.

“Kesian anak ayah, maaf buah hati, ayah lambat beli lampin,” katanya.

Menurut lelaki tersebut, lampin bayinya sudah habis dan isterinya terpaksa memakaikan anak mereka tuala wanita buat sementara waktu.

Susulan tularnya video yang dikongsikan @aisykyle_, rata-rata orang ramai turut terhibur melihat gelagat pasangan tersebut dalam menguruskan anak mereka.

“Tak pernah dibuat orang bayi pakai tuala wanita, ini mesti gelabah ibu bapanya cari lampin tak ada,” komen seorang pengguna.

“Saya lelaki la, bukan perempuan, kenapa pakai tuala wanita, saya tak ‘period’ ayah, mak,” seloroh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI