fbpx

Baginda mahu harimau malaya dipulihara daripada pupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Hassanal bertitah pada Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini. /FOTO SHEIKH AHMAD RAZIF

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar usaha memulihara harimau malaya yang berada diambang kepupusan digerakkan segera dalam memastikan khazanah berharga itu terus kekal.

Titah baginda, penubuhan Majlis Biodiversiti Pahang dan Perbadanan Taman Negeri Pahang pada 1 Januari lalu bertepatan dalam usaha pemeliharaan dan penggunaan berterusan sumber biologi, kawalan dan pengurusan serta pembangunan alam sekitar, sumber dan biodiversiti taman negeri.

“Kini saya sedang menggerakkan usaha memelihara alam sekitar, flora dan fauna di negeri kita yang tercinta ini termasuklah inisiatif memelihara harimau malaya yang kini berada di ambang kepupusan.

“Sekiranya kita semua tidak memberikan perhatian yang sewajarnya, tidak mustahil anak cucu kita hanya akan dapat melihat dan mengenal harimau Malaya sekadar dalam jata negara mahupun dikulit pasport kita sahaja,” titah baginda sempena Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Menurut baginda, semua pihak termasuk pemimpin, agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta sama-sama berusaha menjayakan inisiatif tersebut.

“Selaras dengan itu saya menyeru agar ‘Good Corporate Governance’ dihayati sebaik-baiknya dalam menggalas amanah masing-masing untuk terus memelihara alam, flora, fauna, tanah dan bumi Pahang yang tercinta,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Hassanal bertitah agar kerajaan negeri terus menambah keluasan kawasan rizab hutan simpan kekal di negeri ini setiap tahun.

Titah baginda lagi, langkah itu penting memandangkan khazanah alam sekitar adalah penting untuk generasi akan datang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI