fbpx

Ada perubahan dibawa Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIRIDON (kiri) berjaya meledak gol saguhati buat skuad negara ketika mereka tewas 1-2 kepada Singapura pada aksi kelmarin. – FB FAM

KEKALAHAN 1-2 kepada Singa­pura di Stadium Nasional Singa­pura kelmarin bukanlah sesuatu yang diinginkan tetapi hakikatnya magis Kim Pan-gon sudah mula kelihatan dan perubahan dari aspek corak permai­nan skuad Harimau Malaya dilihat semakin terserlah.

Biarpun keputusan itu sedikit mencalar reputasinya, jurulatih dari Korea Selatan itu tetap me­rasakan Malaysia lebih berhak untuk memenangi perlawanan itu, namun keutamaanya adalah membina skuad lebih mantap sebelum menghadapi kelayakan Piala Asia 2023 Jun ini.

“Tempoh 10 hari saya bersama pemain begitu sempurna, kami bermula dengan cukup baik hingga menjadikan saya selesa. Saya bangga dan mereka bermain le­bih baik berbanding apa yang saya jangkakan.

“Bagi saya kami sepatutnya menang, saya minta maaf kepada penyokong Malaysia dan saya tidak ada sebarang rungutan terhadap pemain saya.

“Ini bukanlah pengakhiran sebaliknya kami kini berada pada laluan ke arah lebih baik dan saya yakin kami patut belajar sesuatu daripada perlawanan ini.

“Ini ujian terbaik cuba bina identiti Malaysia yang lebih positif, agresif, dinamik dan proaktif,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, anak kepada legenda Singapura, Fandi Ahmad, Ikhsan muncul wira The Lions apabila meledak dua gol, manakala gol saguhati negara dihasilkan Liridon Krasniqi.

Bagaimanapun, aksi pemain pertahanan negara, Dion Cools menarik perdebatan dalam kalangan peminat apabila dia di­lihat sering meninggalkan posisi sebagai pertahanan kanan.

“Kami menyerang dan perlu ambil risiko. Jika kamu mahu seri dengan Singapura, 100 kali saya boleh tetapi saya tidak mahukan keputusan itu dan kami sasar untuk menang,” kata Pan-gon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI